Saturday 18 August 2012

19 0gos . . . .


2 tahun lalu, 19 Ogos 2010 bersamaan 9 Ramadhan 1431H . . .
Peristiwa yang masih segar di ingatan ketika masih menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka
peristiwa yang sukar dilupakan
peristiwa di mana ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama-selamamya
pergi yang tak akan kembali 
pergi yang x kami jangka
pergi nya juga tidak meninggalkan pesan
pergi nya juga membawa 1001 kesakitan yang dia tanggung selama bergelar seorang khalifah di muka bumi
kesakitan yang di terlalu perit untuk di pandang apatah lagi di tanggung
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
itulah kata-kata yang selalu kita dengar
dalam dia menanggung kesakitan itu, semangatnya sangat kuat
Sehinggakan 3 hari sebelum dia meninggal dia masih pergi mencari nafkah untuk keluarga
walaupun ketika itu pandangannya tidak begitu jelas
sehinggakan berlaku kemalangan kecil ketika berada di pejabatnya
sehari selepas itu dia terus dimasukkan ke dalam wad kerana keadaan nya yang tidak berdaya lagi
ibu masih setia di sisi menemaninya, melayan kerenahnya, turuti arahannya
walaupun ketika itu ibu keseorangan menemaninya
tiada anak-anak di sisi kerana pelajaran menuntut mereka untuk tidak berada di sisinya
tidak berada di sisinya di saat-saat akhir bukan bermaksud anak itu derhaka
tapi kekangan masa dan tuntutan untuk melaksanakan tanggungjawab yang lain
ibu memang kuat, dia pesan kat kami “jangan risau, InsyaAllah ayah selamat”
yang mampu kami buat hanyalah doa, doa, dan doa
kemudian ibu telefon lagi mengatakan ayah dah masuk ke dalam ICU iaitu sehari sebelum dia meninggal
hati jadi luluh mendengar semua itu
ayah akan ok ke?
Bersediakah aku untuk hidup tanpanya?
Adakah ayah akan pergi buat selamanya?
Menangis takkan mampu menyihatkan orang yang sakit
Tapi aku tak kuat ketika itu
Menangis. Hanya itu je yang aku buat ketika itu
Aku alpa. Aku lupa yang doa boleh menenangkan hati ini
Ingat kepada tuhan hati akan menjadi tenang
Dalam hati terus berkata, janganlah ayah pergi dulu . . .
Bila telefon ibu, tiada suara teresak-esak pun
Yang ada hanya suara seorang ibu yang cekal
Cekal menjaga seorang suami yang sakit
Cekal untuk tabah dihadapan anak-anak
Aku yang menangis bila cakap dengan ibu
Malah, ibu yang cakap dengan aku “sabar ye kak”
Sepatutnya aku yang cakap macam tu dengan ibu
Ayah masuk ICU sebab nak kluarkan air dalam paru2 dia
Bukan ayah tak sedar waktu dimasukkan ke ICU
Malah dia sempat tanya kat ibu “kenapa doktor ramai-ramai ni bu?”
Ibu hanya jawab “diorang ni nak tolong ayah”
Ayah hanya menurut bila katilnya di tolak
Selepas itu, hanya wayar-wayar dan tiub-tiub dan mesin yang menemani ayah
Tapi hayat ayah dah x lama
Beberapa jam lepas bergelut dengan mesin-mesin tu semua

19 OGOS 2010 ; 9:15 pagi ; Khamis
Ayah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya
pergi yang tak akan kembali 
pergi yang x kami jangka
Selepas itu seorang demi seorang anak ibu pulang
Tapi aku tak Nampak setitis air mata dari ibu
Ibu hanya menangis bila aku menangis
Ibu tak tahan melihat aku menangis
Oh tuhan. Aku tak kuat ketika itu
Aku kene kuat supaya ibu kuat
Mungkin ibu tak nak menangis di hadapan anak-anaknya
Mungkin ibu nak tunjukkan yang dia kuat
19 ogos juga berkongsi tarikh dengan hari lahir abang syafiq
Adakah kebetulan ataupun sudah ditetapkan?

Kini kami jadi semakin berdikari
Semua benda kami lakukan sendiri
Tidak mengharapkan belas dan ihsan orang lain
Kami jadi semakin kuat
Berani manghadapi dugaan
Berani menghadapi kehidupan yang semakin mencabar
Mungkin inilah hikmah yang tersembunyi di sebalik pemergiannya yang terlalu awal bagi kami
Ada hikmah di sebaliknya

Hari ini 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1933H
Kami akan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk kali ketiga tanpa kehadiran ayah
Semoga ayah tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Al-Fatihah

@FarhanaAffendi
19 ogos 2012/1 Syawal 1933H
12:52 am